Gambaran / Tanggungjawab Jawatan

Straits Orthopaedics (Mfg) Sdn Bhd menghasilkan implan dan instrumen yang digunakan dalam pembedahan tulang di seluruh dunia. Sebagai Juruoperasi Mesin CNC, anda akan mengendalikan mesin presisi yang menghasilkan komponen tersebut — kerja yang menuntut ketelitian, tetapi memberi kemahiran yang bernilai sepanjang kerjaya. Apa Yang Anda Akan Buat : Menyediakan dan mengendalikan mesin CNC (turning / milling) mengikut arahan kerja Memeriksa komponen menggunakan vernier, micrometer dan gauge Merekod data pengeluaran dan kualiti dengan tepat Menjaga kebersihan mesin dan kawasan kerja (5S)

Keperluan & Kelayakan

  • Jawatan dibuka kepada Calon Lelaki & Perempuan yang berusia dari 18 – 30.
  • SPM/SKM TAHAP 3/ DIPLOMA PEMESINAN atau SETARAF/ SIJIL BERKAITAN boleh memohon
  • Latihan kemahiran semula (RE-SKILLING) akan diberikan
  • Sihat tubuh badan & tidak rabun warna.
  • Boleh kerja di kawasan berhawa dingin.
  • Boleh kerja berdiri atau duduk untuk jangka waktu panjang.
  • Boleh bersetuju untuk melalui pemeriksaan kesihatan di klinik panel kilang sebelum mula kerja.
  • Boleh beri komitmen dan kerja lebih masa (OT (Kerja Lebih Masa)) mengikut keperluan.
  • Boleh bekerja dalam suasana berpasukan berbilang bangsa dan negara.

Bantuan & Faedah

  • Elaun Makanan
  • Elaun Kehadiran
  • Elaun Syif Malam
  • Kerja Lebih Masa (OT)
  • Hostel dibantu
  • Tiket dibantu

Bantuan Sokongan

  • Ada pertanyaan lanjut?
  • Hubungi perekrut kami:
  • 📧 Email: jenna@mypath.com.my
  • 📱 WhatsApp: 016 456 6989

Siapa Yang Sesuai Memohon?

  • Berpengelaman dalam bidang yang berkaitan amat digalakkan untuk memohon.

Important Notes

  • Untuk Calon Sabah & Sarawak
  • Kami uruskan penempatan anda dari mula hingga akhir — penerbangan, asrama, orientasi dan sokongan selepas mula bekerja. Ramai rakan dari Borneo sudah bekerja di sini.

Notis Penting

Jika anda memilih untuk menghubungi atau berurusan secara terus dengan majikan di luar proses pengambilan pekerja yang diuruskan oleh MyPath, sebarang temu duga, tawaran, urusan pekerjaan, terma pembayaran atau pertikaian hendaklah diselesaikan antara anda dengan majikan. MyPath tidak bertanggungjawab terhadap sebarang urusan berasingan yang dibuat di luar proses kami.