Gambaran / Tanggungjawab Jawatan

Certact Engineering merupakan syarikat kejuruteraan berketepatan yang mengkhusus dalam fabrikasi dan pemprosesan plastik industri termasuk thermoforming, kimpalan plastik, plastic bending, anti-static coating dan rawatan haba plastik. Tanggungjawab : Menyediakan dan mengendalikan mesin CNC untuk komponen logam dan plastik. Membaca lukisan kejuruteraan, dimensi dan toleransi. Melakukan tetapan mesin, pemilihan alat dan pelarasan untuk memastikan ketepatan produk. Menjalankan pemeriksaan kualiti menggunakan alat pengukur. Membantu proses kemasan, pemasangan, pembungkusan dan pengeluaran. Melakukan penjagaan serta penyelenggaraan asas mesin. Mematuhi SOP, 5S dan keselamatan tempat kerja. Mengikuti latihan CNC dan On-the-Job Training yang disediakan.

Keperluan & Kelayakan

  • Lelaki sahaja, berumur 18 - 30 tahun
  • Bersedia mengikuti program Place & Train selama 12 bulan di Pulau Pinang (latihan sambil bekerja).
  • Perlu menjalani pemeriksaan kesihatan
  • Mempunyai akaun bank untuk pembayaran gaji
  • Pengalaman CNC/pemesinan adalah satu kelebihan tetapi tidak diwajibkan.
  • Pengalaman dalam pembuatan, kejuruteraan, teknikal atau pengeluaran digalakkan.
  • Boleh membaca lukisan kejuruteraan, atau bersedia untuk belajar.
  • Pengetahuan asas alat pemotong, alat pengukur dan proses pemesinan adalah satu kelebihan.
  • Tiada pengalaman CNC juga boleh dipertimbangkan — latihan disediakan.

Bantuan & Faedah

  • Tiket penerbangan ditaja (Terma & syarat)
  • Hostel disediakan untuk pekerja Borneo
  • T-shirt syarikat & kasut keselamatan disediakan
  • Manfaat klinik sehingga RM800 setahun
  • Insentif kehadiran RM100/suku (Terma & syarat)
  • Bonus berdasarkan prestasi
  • On-the-Job Training
  • Peluang diserap sebagai pekerja tetap selepas 12 bulan, tertakluk kepada prestasi

Bantuan Sokongan

  • Ada pertanyaan lanjut?
  • Hubungi perekrut kami:
  • 📧 Email: jenna@mypath.com.my
  • 📱 WhatsApp: 016 456 6989
  • 📧 Email: herveini@mypath.com.my
  • 📱 WhatsApp: 018 268 6989

Siapa Yang Sesuai Memohon?

  • Calon Borneo
  • Graduan baharu digalakkan memohon
  • Berminat bekerja dan membina kerjaya dalam sektor pembuatan

Important Notes

  • Waktu Kerja : 8.30am - 6.15pm
  • Jadual Kerja : Isnin - Jumaat

Employer Note

Untuk Calon Sabah & Sarawak Kami uruskan penempatan anda dari mula hingga akhir — penerbangan, asrama, orientasi dan sokongan selepas mula bekerja. Ramai rakan dari Borneo sudah bekerja di sini.

Notis Penting

Jika anda memilih untuk menghubungi atau berurusan secara terus dengan majikan di luar proses pengambilan pekerja yang diuruskan oleh MyPath, sebarang temu duga, tawaran, urusan pekerjaan, terma pembayaran atau pertikaian hendaklah diselesaikan antara anda dengan majikan. MyPath tidak bertanggungjawab terhadap sebarang urusan berasingan yang dibuat di luar proses kami.